C4 persoal kesahihan laporan EIA tapak pelupusan sisa toksin


SEBUAH
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) anti rasuah mempersoalkan kesahihan penilaian kesan alam sekitar (EIA) untuk tapak pelupusan sisa Lynas Malaysia di Kuantan, Pahang.

Persoalan itu dibangkitkan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)  susulan EIA masih belum dibuat ke atas tapak pelupusan sisa berjadual industri pelbagai kategori (MCISWDS), tempat kemudahan pelupusan tetap (PDF) Lynas yang dilapor akan dibina di Kuantan.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak boleh setuju EIA untuk PDF Lynas sebelum EIA dijalankan untuk keseluruhan MCISWDS," kata C4 pada satu kenyataan.

Isu pembinaan PDF dan MCISWDS dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (HARAPAN).

PDF dilapor akan menjadi kemudahan  penyimpanan kekal sisa daripada kilang Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan yang menghasilkan sisa toksik, termasuk residu sisa penulenan air larut lesap (WLP) yang radioaktif.

MCISWDS akan dibina di atas sebidang tanah seluas 202.35 hektar, bersamaan saiz 283 padang bola.

ia menjadi kontroversi selepas media melaporkan ia akan dibina di kawasan tadahan air Sungai Riau berdasarkanb laporan EIA.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh minggu lalu mengatakan bahawa tanah di mana MCISWDS masih dikategorikan sebagai kawasan sensitif alam sekitar (ESA) Peringkat 1.
 
Kata Fuziah, bawah garis panduan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kawasan ESA tidak boleh dibangunkan. Status tanah hanya boleh ditukar melalui rundingan awam.

Justeru itu, jelasnya konsultasi awam mengenai kemudahan simpanan kekal sisa radioaktif Lynas (PDF) adalah tidak sah.

 C4 persoal kesahihan kajian EIA
Sementara Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack menggesa individu, NGO dan semua pihak tanpa mengira fahaman politik membantah pembinaan MCISWDS dan PDF di tapak berkenaan.

Tegasnya, pembinaan kedua-dua tapak itu dibimbangi akan mencemarkan sumber air penduduk sekitar.
 

Post a Comment

0 Comments