ADUN Seberang Jaya, Afif Bahardin dikritik kerana membuat kenyataan menyokong pembukaan semula kedai gunting rambut oleh kerajaan dengan memetik jurnal perubatan tanpa kaji selidik terlebih dahulu.
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga Pengerusi KEADILAN Perak mempersoalkan rasional kenyataan Afifi yang dilihat sebagai hanya mahu mewajarkan keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam soal itu.
"Kementerian Kesihatan (KKM) telah meminta menangguhkan dahulu kebenaran untuk membuka semula beberapa sektor ekonomi termasuk perkhidmatan gunting rambut sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
"Namun ini tidak menghalang Dr Afif Bahardin dalam kekalutan memberi sokongan kepada Azmin dengan sekadar memetik tajuk jurnal perubatan tanpa kaji selidik," kata Farhash.
Sebagai rekod, miti diterajui Mohamed Azmin Ali, bekas pemimpin KEADILAN yang berpaling tadah dalam langkah Sheraton sebelum ini.
Afif dalam tulisan di Twitternya sebelum ini mendakwa perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas perubatan kerana mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
"Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi, antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini," katanya di Twitter.
Contoh tidak tepat
Farhash berkata, jurnal tersebut sebenarnya merujuk kedai gunting rambut di Amerika yang pernah dijadikan tempat mengagihkan ubat tekanan darah tinggi.
"Sumber artikel yang diambil dari NBC News dilaporkan oleh Maggie Fox dan Ian Wenger bertarikh 13 Mac 2018 adalah tidak relevan dalam konteks perdebatan Afif dalam hal ini.
"Saya berharap ahli politik akan lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak membahayakan kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia dalam menangani wabak covid- 19," katanya lagi.
Afif sebelum ini dikenali sebagai antara individu yang rapat dengan Mohamed Azmin Ali yang kini dilantik menteri Miti.
Pada 28 Mac lalu, Afif dispekulasikan dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas di kementerian itu, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
Keputusan kementerian itu membenarkan kedai gunting rambut beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikritik ramai kerana dilihat boleh mencetus kluster baharu jangkitan koronavirus.
bantahan terhadap keputusan itu turut dibuat termasuk persatuan pendandan rambut sendiri.

0 Comments