SETIAUSAHA Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, S Barathidasan dilapor bertindak melepaskan semua jawatan disandangnya dan keluar dari keahlian sayap penyokong parti Islam itu.
Dipetik laporan FMT, Barathidasan berkata, keputusan untuk meninggalkan DHPP kerana disebabkan masalah dalam sayap parti itu yang menyebabkan beliau tidak merasakan dapat membawa suara rakyat bukan Islam.
“Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP.
"Isu berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat (bukan Islam), khususnya masyarakat India.
“Maka sia-sia jika saya tidak dapat menjalankan tugas dan amanat berkhidmat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
![]() |
Barathidasan lepas semua jawatan |
Beliau berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP Pusat Senator N Balasubramaniam pada 30 Dis tahun lalu.
DHPP adalah sayap penyokong PAS dianggotai oleh ahli bukan Islam.
0 Comments