AHLI SAINS POLITIK, Wong Chin Huat menggesa anggota parlimen mengkaji semula peruntukan undang-undang berkaitan menghina mahkamah bagi mengelakkan situasi serupa dialami Malaysiakini berulang di masa depan.
Gesaan itu dibuat susulan portal itu didapati bersalah menghina mahkamah melalui komen pembacanya dan didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan.
Dipetik laporan portal berkenaan Wong berkata, Ahli parlimen menjadikan keputusan terhadap Malaysiakini sebagai krisis terhadap kebebasan dan hak perlembagaan.
"Kita tidak boleh beritahu hakim bagaimana mereka harus buat keputusan, namun jika undang-undang cacat sehingga membenarkan penghakiman yang buruk, kita perlu perbaiki undang-undang.
"Ahli parlimen diminta berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan kaji bagaimana undang-undang berhubung penghinaan mahkamah harus dipinda untuk mencegah kes yang lain seperti ini," katanya melalui catatan di Facebook.
Keputusan Mahkamah pada Jumaat itu menarik perhatian banyak pihak dalam negara dan luar negara termasuk agensi berita antarabangsa ternama.
Bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata keputusan mahkamah akan memberi kesan yang mengerikan terhadap kebebasan bersuara.
Agensi berita The Guardian melalui korespondennya Rebecca Ratcliffe menyatakan kebimbangan bahawa kebebasan media yang diperolehi setelah kekalahan Umno pada 2018, kini kembali berada di bawah cengkaman Muhyiddin Yassin.
![]() |
Kes Malaysiakini dapat perhatian ramai |
Portal Malaysiakini hari ini turut menyiarkan laporan yang berkata, diplomat antarabangsa sedang mengawasi usaha mengekang kebebasan media di bawah pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menasihatkan agar darurat diumum atas alasan untuk memerangi Covid-19.
Sementara itu Wong ketika mengulas gesaanya berkata, Walaupun parlimen digantung, tiada sesiapa boleh menggantung pendapat ahli parlimen.
"Jawatankuasa pilihan khas mengenai kebebasan dan hak perlembagaan harus diadakan walaupun secara tidak secara rasmi. Anggota Parlimen lain juga harus menyertainya," jelasnya.
0 Comments