KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengkritik arahan saat akhir supaya guru pelatih melaporkan diri ke kampus esok.
Setiausaha agung NUTP Harry Tan yang dipetik laporan FMT berkata, arahan itu amat tidak wajar malah bertentangan dengan perintah kawalan pergerakan diumumkan kerajaan.
Tan berkata, surat pekeliling itu yang ditandatangani rektor institut latihan guru, Rusmini Ku Ahmad menjadi tular di kumpulan sembang Whatsapp mengkehendaki guru pelatih yang mempunyai kerja praktikal perlu mula kembali ke institusi pengajian mereka esok (22 Feb) untuk membolehkan mereka memulakan latihan praktikal di sekolah yang telah ditetapkan.
Arahan itu jelasnya menyukarkan kerana guru pelatih terbabit berada di rumah mereka, di negeri yang tertakluk dengan sekatan pergerakan antara daerah atau antara negeri.
Menurut pekeliling itu juga, pelajar yang tidak terlibat dengan kerja praktikal perlu meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah sehingga akhir semester.
Sementara itu, Tan mengingatkan bahawa guru pelatih juga tidak patut didedahkan dengan risiko Covid-19.
![]() |
Guru pelatih tak patut didedahkan dengan risiko |
Tan berkata, latihan praktikal boleh ditangguhkan sehingga keadaan Covid-19 reda, sama seperti latihan dalam industri dan kursus pendidikan lain.
0 Comments