SEBUAH pesawat tentera udara Nigeria dilapor terhempas berdekatan ibu kota negara itu semalam dan mengorbankan tujuh orang.
Jurucakap pasukan tentera udara Nigeria yang dipetik laporan AFP berkata, pesawat terbabit dijadual menjalankan misi pengawasan berkaitan operasi menyelamatkan puluhan orang diculik dari sebuah sekolah berhampiran Niger pada Rabu lalu.
Pihak berkuasa berkata, kumpulan lelaki bersenjata api yang hanya dikenali sebagai 'penyamun' membunuh seorang pelajar lelaki dan menculik 42 orang dalam kejadian berkenaan.
"Mangsa insiden penculikan besar-besaran terbaharu di Nigeria itu membabitkan seramai 27 pelajar dan tiga guru, selain saudara-mara kakitangan sekolah," menurut laporan itu.
Jurucakap, Ibikunle Daramola dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu dijadual menjalankan misi pengawasan di Niger dan kawasan sekitarnya berkait dengan usaha bersepadu untuk menyelamatkan pelajar serta kakitangan terbabit.
"Pesawat Tentera Udara Nigeria (NAF), Beechcraft KingAir B350i terhempas ketika dalam penerbangan kembali ke Lapangan Terbang Abuja selepas melaporkan masalah kerosakan enjin.
"Malangnya, kesemua tujuh orang yang menaiki pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan," kata Daramola.
Pihak tentera berkata, siasatan sudah dilancarkan berhubung kemalangan itu. Ketika ini punca kejadian tidak dikenal pasti, namun pihak berkuasa memaklumkan bahawa juruterbang ada melaporkan berlaku masalah kerosakan pada enjin.
Jurucakap pasukan tentera udara Nigeria yang dipetik laporan AFP berkata, pesawat terbabit dijadual menjalankan misi pengawasan berkaitan operasi menyelamatkan puluhan orang diculik dari sebuah sekolah berhampiran Niger pada Rabu lalu.
Pihak berkuasa berkata, kumpulan lelaki bersenjata api yang hanya dikenali sebagai 'penyamun' membunuh seorang pelajar lelaki dan menculik 42 orang dalam kejadian berkenaan.
"Mangsa insiden penculikan besar-besaran terbaharu di Nigeria itu membabitkan seramai 27 pelajar dan tiga guru, selain saudara-mara kakitangan sekolah," menurut laporan itu.
Jurucakap, Ibikunle Daramola dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu dijadual menjalankan misi pengawasan di Niger dan kawasan sekitarnya berkait dengan usaha bersepadu untuk menyelamatkan pelajar serta kakitangan terbabit.
"Pesawat Tentera Udara Nigeria (NAF), Beechcraft KingAir B350i terhempas ketika dalam penerbangan kembali ke Lapangan Terbang Abuja selepas melaporkan masalah kerosakan enjin.
![]() |
Tujuh dilaporkan terkorban |

0 Comments