PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) merayu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk segera membentuk kabinet bayangan.
Wilfred Madius Tangau berkata, pemimpin pembangkang perlu segera bertindak dalam pengisytiharan darurat yang disifatkannya sebagai serangan terhadap demokrasi.
"Kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya mohon agar kabinet bayangan diatur dalam seminggu, dan segera kemukakan polisi alternatif pembangkang mengenai wabak dan ekonomi.
"Tolong pengerusikan mesyuarat kabinet bayangan Harapan Plus pertama pada hari Rabu depan, melalui (aplikasi) Zoom," katanya dipetik.
Wilfred berkata pembangkang tidak boleh meneruskan strategi mereka pada ketika ini untuk terus menyerang kerajaan "pintu belakang" Muhyiddin Yassin.
"Sebaliknya, kita harus bekerja keras untuk menawarkan yang lebih baik sehingga kita dapat masuk melalui pintu depan dengan majoriti yang kuat, teguh dan meyakinkan setelah Pilihan Raya Umum ke-15," katanya.
BACA: Sudah sampai waktu iktiraf Kabinet bayangan

Sementara itu Wilfred berkata, Pakatan Plus yang terdiri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) dan sekutunya harus bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan ekonomi ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin 'melepasi batas' dengan mengisytiharkan darurat.
Bulan lalu, Felo penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah menggesa supaya kabinet bayangan di peringkat Dewan Rakyat diinstitusikan segera.
![]() |
UPKO saran Anwar tubuh kabinet bayanga |
Beliau percaya kegagalan mewujudkan kabinet bayangan sebelum ini berpunca dari kekurangan dana dan sumber bagi menjayakan kewujudannya.
0 Comments