PARTI politik di negara ini dari pihak kerajaan dan pembangkang disaran untuk menginstitusikan Kabinet bayangan di peringkat Dewan Rakyat.
Felo penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah yang dipetik laporan Awani berkata, cadangan itu sebagai usaha mengukuhkan amalan demokrasi di negara ini seiring usaha “political reset” yang diusahakan beberapa Ahli Parlimen ketika ini.
Bagaimanapun, jelas beliau, cadangan berkenaan hanya boleh direalisasikan sekiranya wujud iltizam politik yang tinggi untuk menubuhkan dan mengiktirafnya.
“Kewujudan Kabinet bayangan secara sah sudah lama dinafikan.
“Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sistem ini secara rasmi bagi membolehkan pembangkang memainkan peranan lebih penting dalam sistem demokrasi negara.
“Kerajaan dan pembangkang yang komited terhadap prinsip demokrasi akan memahami perlunya semak dan imbang, dan kewujudan sistem ini boleh menyuburkan lagi demokrasi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.
Terdahulu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) turut membuat gesaan supaya Kabinet bayangan dapat ditubuhkkan.
Dengan adanya kabinet bayangan itu, ia akan dapat memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Sebagai rekod, ketika ini walaupun Kabinet bayangan tidak diwujdukan, namun sebahagian Ahli Parlimen HARAPAN diberi portfolio tertentu untuk proses semak dan imbang dan memberi fokus kepada subjek spesifik dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Nashril berpandangan bahawa kegagalan untuk mewujudkan Kabinet bayangan di Dewan Rakyat mungkin disebabkan kekurangan dana dan maklumat.
Ini kerana jelasnya Kabinet bayangan bukanlah satu institusi yang diiktiraf sebagai sebuah institusi rasmi ketika ini.
“Ketika ini hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja yang diiktiraf.
“Buat masa ini, Kabinet bayangan sukar untuk berfungsi berikutan kekurangan dana dan maklumat yang diperlukan anggota Kabinet bayangan untuk menjalankan tugas dengan berkesan.
“PRG percaya beberapa usaha untuk menjayakan Kabinet bayangan (secara tidak rasmi) sebelum ini juga gagal kerana kekurangan sumber,” ujar beliau.
Tambah Nashril, disebabkan Kabinet bayangan tidak diwujudkan, ia telah menyebabkan tidak wujud sistem semak dan imbang yang mantap di dalam dewan.
Perdebatan yang berkualiti juga tegasnya sukar wujud kerana maklumat dimonopoli oleh satu pihak sahaja.

![]() |
Peranan Kabinet bayangan lama dinafikan |

0 Comments