MUHYIDDIN YASSIN sewajarnya meletak jawatan sebagai perdana menteri dan bukan mengusulkan pelaksanaan darurat tegas Pengerusi Pakatan Harapan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan meletak jawatan merupakan langkah paling tepat dan bertanggungjawab boleh dilakukan Muhyiddin selepas menyedari sokongan kepadanya di Dewan Rakyat semaking rapuh.
“Bila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui ia terhakis dengan kehilangan dukungan Ahli Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat.
"Pengendalian Covid-19 mampu dilakukan oleh perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat melalui langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.
“Tetapi, Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN semalam.
Semalam, Majlis Presiden menyelar Muhyiddin kerana menggunakan wabak Covid-19 sebagai helah untuk mengusulkan perisytiharan darurat. Langkah itu dianggap usaha terdesak Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mengekalkan kuasa.
Muhyiddin sudah tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, ia selepas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
Beliau ialah Ahli Parlimen Umno ketiga berbuat demikian, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.
Sementara itu, Anwar ketika ditanya sama ada pengisytiharan darurat menyebabkan hasrat pembangkang membentuk kerajaan baru tertutup berkata, ia adalah tafsiran salah.
“Yang tidak ada itu jalur Parlimen. Itu memang tersangkut kerana Muhyiddin takut berdepan kenyataan hilang kuasa dukungan di kalangan Ahli Parlimen, maka (kerajaan) jatuh.
“Jadi, tidak ada peruntukan yang menghalang kita mendapat dukungan dan mempersembahkan kepada Agong.” jelasnya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan meletak jawatan merupakan langkah paling tepat dan bertanggungjawab boleh dilakukan Muhyiddin selepas menyedari sokongan kepadanya di Dewan Rakyat semaking rapuh.
“Bila Muhyiddin memilih untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui ia terhakis dengan kehilangan dukungan Ahli Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat.
"Pengendalian Covid-19 mampu dilakukan oleh perintah kawalan pergerakan, PKP bersyarat melalui langkah tambahan dan mengambil kira pandangan pakar perubatan serta keselamatan.
“Tetapi, Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dan tidak bertanggungjawab untuk mengusulkan pengisytiharan darurat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN semalam.
Semalam, Majlis Presiden menyelar Muhyiddin kerana menggunakan wabak Covid-19 sebagai helah untuk mengusulkan perisytiharan darurat. Langkah itu dianggap usaha terdesak Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mengekalkan kuasa.
Muhyiddin sudah tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, ia selepas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, menarik balik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
Beliau ialah Ahli Parlimen Umno ketiga berbuat demikian, selepas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.
Sementara itu, Anwar ketika ditanya sama ada pengisytiharan darurat menyebabkan hasrat pembangkang membentuk kerajaan baru tertutup berkata, ia adalah tafsiran salah.
![]() |
Alasan Covid-19 dianggap helah |

0 Comments