Bekas menteri persoal keputusan kuarantin pesakit di rumah


KEPUTUSAN kerajaan untuk merawat kes ringan dan asimtomatik Covid-19 di rumah dipersoalkam.

Bekas timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menganggap keputusan merawat dan mengkuarantin pesakit terbabit di rumah sebagai idea tidak baik.

Beliau turut mempersoalkan apakah Kementerian Kesihatan punya cukup kakitangan bagi memantau pesakit yang dikuarantin.

“Pekerja kesihatan tidak mampu menangani sepenuhnya pengesanan kontak rapat dengan tenaga kerja sedia ada. Bagaimana pula kita mahu harapkan mereka mampu menangani tugas tambahan memantau pesakit yang telah dijangkiti di rumah?” soalnya.

Beliau turut bimbang kaedah itu akan menyebabkan kemungkinan lebih tinggi untuk anggota keluarga atau orang lain dalam rumah sama dengan pesakit turut dijangkiti virus berkenaan.

Walau bagaimanapun Ahli pParlimen Gopeng dari KEADILAN itu menyokong sebarang keputusan merawat kes ringan dan asimtomatik membabitkan pekerja pendatang asing di lokasi khas seperti asrama atau tempat kediaman mereka, kerana rata-rata golongan itu muda dan sihat.

“Mereka boleh diasingkan dengan pemantauan minimum. Mereka lazimnya muda dan sihat, melalui pemeriksaan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) untuk permit tahunan, manakala kadar komplikasi akibat Covid-19 juga terpencil.” jelasnya.

 Lee Boon Chey kritik keputusan kerajaan
Menteri Kesihatan Adham Baba sebelum ini berkata, pesakit Covid-19 Tahap 1 dan 2 akan menjalani rawatan dan kuarantin di rumah dengan dipantau pekerja kesihatan.
 
Ia susulan hospital Covid-19 dan pusat rawatan risiko rendah hampir mencapai kapasiti penuh susulan lonjakan kes sehingga empat angka sejak Disember.
 

Post a Comment

0 Comments