TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin menjadi anggota Kabinet yang keempat disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, Zahidi yang merupakan Ahli Parlimen Padang besar membuat ujian saringan i Kuala Lumpur sebaik tiba dari Pulau Pinang pada 11 Januari lalu dan mendapat keputusannya awal pagi ini.
"Sebelum ini, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada 25 Disember 2020 dan keputusan ketika itu ialah negatif," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dikuarantin dan dirawat.
Terdahulu, tiga menteri telah disahkan positif minggu ini.
Mereka ialah Rina Mohd Harun, Hamzah Zainudin dan Mustapa Mohamed, kesemua mereka termasuk Zahidi merupakan Ahli Parlimen parti Bersatu.
Tahun lalu, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal dijangkiti COVID-19 pada 1 Oktober selepas berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula disahkan positif pada 5 Oktober, juga selepas pulang dari negeri itu.
Sebagai rekod, Zahidi dikenali ramai susulan setelah mendakwa pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibi menipu.
Ia susulan tindakan pelajar itu memanjat pokok untuk mencari capaian internet, yang tular beberapa bulan lalu.
Zahidi, 60, kemudian memohon maaf.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, Zahidi yang merupakan Ahli Parlimen Padang besar membuat ujian saringan i Kuala Lumpur sebaik tiba dari Pulau Pinang pada 11 Januari lalu dan mendapat keputusannya awal pagi ini.
"Sebelum ini, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada 25 Disember 2020 dan keputusan ketika itu ialah negatif," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dikuarantin dan dirawat.
Terdahulu, tiga menteri telah disahkan positif minggu ini.
Mereka ialah Rina Mohd Harun, Hamzah Zainudin dan Mustapa Mohamed, kesemua mereka termasuk Zahidi merupakan Ahli Parlimen parti Bersatu.
Tahun lalu, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal dijangkiti COVID-19 pada 1 Oktober selepas berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula disahkan positif pada 5 Oktober, juga selepas pulang dari negeri itu.
![]() |
Zahidi menteri keempat positif minggu ini |

0 Comments