DEWAN Perwakilan Amerika yang dikuasai Demokrat meluluskan resolusi mengenakan tekanan terhadap Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Donald Trump sebagai presiden.
Memetik laporan Agensi Berita Sputnik, gesaan itu susulan pembabitan Trump dalam rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
Trump didakwa menggalakkan penyokongnya menyerang bangunan Capitol melalui beberapa ciapan yang dihantar di Twitter.
Ini selepas beliau mendakwa kekalahannya dalam pilihan raya November lalu adalah akibat penipuan, satu dakwaan yang masih belum disokong oleh sebarang bukti kukuh.
Ahli Kongres Pennsylvania (Demokrat), Mary Gay Scanlon sebelum ini menegaskan bahawa Trump menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat selagi berkhidmat, malah penyokong setianya sendiri mengakui bahawa beliau tidak lagi layak memegang jawatan itu.
Sementara itu, Dewan senat pada Selasa meluluskan usul itu dengan 220 undian.
Resolusi itu meminta Pence memangku jawatan presiden selepas Trump didapati "gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."
Kuasa untuk menggunakan Artikel 25 untuk menyingkirkan Trump adalah hak penuh Mike Pence.
Di bawah Artikel tersebut, Naib Presiden berhak menyingkirkan Presiden sekiranya mengumpul cukup sokongan daripada anggota Kabinet.
Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu sebelum ini menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah belahkan negara.
Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa.
![]() |
220 ahli dewan sokong usul |
Tindakan itu dilakukan menjelang pelantikan rasmi bakal Presiden Joe Biden pada 20 Januari ini.
0 Comments