Tajuddin Rahman kritik cara Muhyiddin hadapi masalah


PENGARAH
Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman mempersoal sama ada darurat yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebenarnya bermotif politik.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, "ramai yang bercakap" bahawa darurat itu bertujuan untuk memudahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal dan menyekat ancaman politik yang sedang dihadapi mereka.

"Ramai orang cakap (darurat) untuk mengelak perdana menteri daripada digantikan, untuk elak PN jatuh.

"Sokongan sudah berkurangan, sudah tak ada majoriti, kalau ikut hukum demokrasi bila tak ada majoriti kerajaan tak boleh wujud lagi.

"Perdana menteri perlu hadapi di mana dia diganti oleh orang lain yang mampu menarik sokongan," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan itu setelah dinasihatkan Muhyiddin.

Proklamasi itu hadir sehari selepas Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri.

Muhyiddin yang berdepan krisis keyakinan hilang sokongan dari dua Ahli Parlimen yang menyokongnya minggu lalu. Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan  Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mengumumkan keputusannya menarik diri daripada menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Mahyuddin hanya mempunyai 109 sokongan
Di Dewan Rakyat, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh kini cuma memiliki 109 sokongan Ahli Parlimen dari 222 kerusi.

Sementara itu, Tajuddin juga berkata, pengumuman darurat juga akan menyukarkan Umno untuk mengabsahkan keputusan parti itu untuk memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu dalam perhimpunan agung Umno.

"Hujung bulan ini keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, tapi dengan pengisytiharan darurat tak tahu perhimpunan agung boleh buat atau tidak.

"Kalau tak jadi, tertangguh, ini cara Bersatu untuk hadapi masalah," katanya.

Post a Comment

0 Comments