Darurat: Majlis Presiden tolak alasan Muhyiddin

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) menolak alasan Muhyiddin Yassin kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari ancaman Covid-19.

Pendirian itu dinyatakan  residen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Selasa melalui satu kenyataan media selepas mengadakan mensyuarat bagi membincangkan perkara itu.
 
Menurut mereka, selain undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak tersebut.

"Sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital swasta untuk membantu dalam kes Covid-19, hospital swasta ini memang bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tidak diperlukan untuk mendapatkan kerjasama mereka," kata kenyataan itu.

Menyentuh isu isu pilihan raya pula, mereka beranggapan tindakan yang telah dilakukan sebelum ini iaitu  pengisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah memadai.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pula jelas mereka tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos depan manakala Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pula hanya perlu diadakan menjelang 2023.

"Justeru alasan yang dikemukakan Muhyiddin dalam isu tersebut tidak dapat diterima sama sekali," tegas mereka.

Dalam kenyataan serupa, mereka turut melihat penggantungan Parlimen dan DUN ketika dalam masa sama pihak eksekutif dan kehakiman dibenarkan terus berfungsi sedia kala sebagai menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat.

Mereka memberitahu, kuasa darurat bermakna memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.

"Majlis Presiden turut risau pengisytiharan darurat ini akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran serta kehilangan pendapatan dalam kalangan rakyat.

Alasan Muhyiddin disifatkan tak rasional
"Oleh itu, kami berpandangan bahawa tindakan  Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.

"Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan pengisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri," katanya mereka.
 

Post a Comment

0 Comments