SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng meluahkan rasa 'terkejut' dengan pengisytiharan darurat yang diusulkan pentadbiran Muhyiddin apa lagi ia menyusul sehari selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
Dipetik laporan FMT, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan kelemahan kerajaan dalam membendung Covid-19 amat jelas sekarang, meskipun Putrajaya mendakwa sebaliknya sebelum ini.
Malah dua pengumuman (PKP dan darurat) dibuat dalam tempoh begitu rapat menyebabkan kekeliruan dan memberi gambaran tabir urus serta pentadbiran kerajaan perikatan Nasional (PN) lemah.
“Dolak-dalik dasar, dwistandard dan ketakcekapan teruk oleh kerajaan Persekutuan PN menyebabkan rakyat Malaysia hilang nyawa dan hilang pendapatan dalam perang terhadap Covid-19.
“Mainan politik yang tak berkesudahan mengakibatkan kerajaan PN gagal memfokuskan tugas yang ada depan mata,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng turut menyelar sekiranya Kabinet mengusulkan perintah darurat bagi menghalang sebarang kemungkinan pilihan raya Umum diadakan.
Beliau berkata kenyataan perdana menteri
bahawa pengisytiharan darurat akan mengelakkan pilihan raya umum di
adakan tidak berasas.
Berbanding Umno, Parti politik pembangkang tambah bekas Menteri Kewangan itu tidak pernah mendesak supaya PRU diadakan segera.
![]() |
Guan Eng terkejut dengan tindakan Muhyiddin |
“Hanya Umno membuat tuntutan ini. Parti politik lain termasuk pembangkang PH dan DAP menolak desakan mengadakan pilihan raya awal. Jadi ini tidak masuk akal.” katanya dipetik.