DUA gempa bumi kuat melanda Jepun dan sempadan Rusia-Mangolia hari ini.
Agensi Berita Xinhua dalam laporanya berkata, gempa berskala 5.9 dilapor menggegarkan 83 km NW dari Yoichi, Jepun pada 02:39:42 GMT Selasa.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa, dengan kedalaman 211.45 km, pada awalnya ditentukan pada 43.7027 darjah utara dan 139.9953 darjah timur.
Setakat ini belum ada laporan kemusnahan harta dan kehilangan nyawa dilaporkan.
Sementara itu, Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Rantau Sempadan Rusia-Mongolia, pada pukul 5.32 pagi tadi.
![]() |
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan |
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
0 Comments