KERAJAAN Negeri Selangor merancang memperuntukkan dana bagi membeli antara 3 hingga 5 juta dos vaksin Covid-19 .
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata langkah itu menjadikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi untuk penduduk Selangor dan memastikan kesihatan rakyat terus terjamin seterusnya bagi membolehkan rantaian jangkitan wabak itu diputuskan.
Tambahnya, rancangan kerajaan negeri itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan dan akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan Rabu ini.
"Selangor perlu membeli (vaksin Covid-19) kerana membabitkan ramai pekerja industri industri termasuk pekerja asing.
"Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara (namun) pekerja asing juga perlu membeli vaksin terbabit.
"Saya sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan muktamadkan apabila semua urusan selesai," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai langkah kerajaan negeri membendung penularan susulan Selangor mencatatkan bilangan kes Covid-19 harian tertinggi, beliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.
Beberapa perancangan dan pelan tertentu dalam tindakan, namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Kita akan cuba membantu MKN kerana ketika ini suasana berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing.
"Sebelum ini mereka (pekerja asing) tidak disaring, apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi," katanya.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata langkah itu menjadikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi untuk penduduk Selangor dan memastikan kesihatan rakyat terus terjamin seterusnya bagi membolehkan rantaian jangkitan wabak itu diputuskan.
Tambahnya, rancangan kerajaan negeri itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan dan akan dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan Rabu ini.
"Selangor perlu membeli (vaksin Covid-19) kerana membabitkan ramai pekerja industri industri termasuk pekerja asing.
"Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara (namun) pekerja asing juga perlu membeli vaksin terbabit.
"Saya sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan muktamadkan apabila semua urusan selesai," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Ketika ditanya mengenai langkah kerajaan negeri membendung penularan susulan Selangor mencatatkan bilangan kes Covid-19 harian tertinggi, beliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.
Beberapa perancangan dan pelan tertentu dalam tindakan, namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
![]() |
Antara usaha putus rantaian Covid-19 |

0 Comments