Nazri Aziz tarik sokongan, PN hilang majoriti


SEORANG
lagi Ahli Parlimen dari Umno mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin.

Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) membuat keputusan itu sebentar tadi dan pengumuman mengenainya dinyatakan dalam satu media sebentar tadi.
 
“Saya Ketua Umno Padang Rengas dengan rasminya menarik sokongan diberikan kepada Muhyiddin untuk bentuk kerajaan sedia ada.

“Keputusan ini ialah yang terbaik untuk parti saya. Kita tidak menentukan bila pilihan raya, tetapi dengan menarik sokongan bermakna kerajaan sudah tidak ada majoriti,” katanya.

Menurut Nazri, keputusannya mendapat mandat dari Majlis Tertinggi Umno.

Beliau turut menyatakan terdapat kemungkinan beberapa lagi ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

 Muhyiddin tinggal 109 sokongan
Susulan kerajaan Perikatan Nasional kini mempunyai sokongan dari 109 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi.

Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu lalu.

Nazri sebelum ini menegaskan bahawa Perikatan Nasional bukan kerajaan pilihan rakyat

"Kerajaan ini bukan kerajaan yang dipilih, sebab itu dia akan menghadapi masalah sepanjang masa," tegasnya pada Isnin.

Post a Comment

0 Comments