UMNO dilapor bakal memuktamadkan keputusan sama ada akan mengarahkan Ahli Parlimen mereka menarik semula sokongan kepada Muhyddin hari ini.
Dipetik laporan media tempatan, Setaiusaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baru dilantik, Ahmad Maslan berkata arahan sama ada Ahli Parlimen Umno perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti yang akan bermesyuarat.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata begitu ketika ditamui media sebaik selesai mesyuarat bersama ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
"Apa-apa yang kita bincang tadi, kita akan bawa ke Majlis Kerja Tertinggi. Jadi, keputusan muktamad, apa juga akan dibincangkan MKT esok malam,” katanya dipetik laporan FMT.
Semalam, Zahid dilapor telah meminta Ahli Parlimen parti itu melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum bulan depan supaya pilihan raya umum boleh diadakan secepat mungkin.
Bagaimanapun, Zahid kemudian mendakwa laporan itu tidak tepat. FMT dalam laporan mereka yang memetik dua sumber berasingan yang menghadiri mesyuarat berkenaan pula memberitahu arahan itu “benar”.
Sumber yang juga ketua bahagian dari Selangor dan enggan dikenali berkata, Zahid tiada pilihan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal memahami hati nurani rakyat.
![]() |
Kerjasama dalam K'jaan jadi tanda tanya |
Manakala Menteri Wilayah, Annuar Musa yang dilihat cenderung kepada Muhyiddin telah 'dipecat' sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.
0 Comments