PERKEMBANGAN mutakhir politik antara Umno dan Bersatu memberi gambaran berlaku keretakan hubungan serius antara kedua-dua parti itu.
Pemecatan Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang cenderung kepada Bersatu sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada Selasa menunjukkan keretakan hubungan kedua-dua parti itu semakin sudah sampai ke kemuncak dan tidak mampu disembunyikan lagi.
Dengan rentetan peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini bermula ejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hingga penyingkiran Menteri Besar Perak daripada Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan keputusan hampir semua bahagian Umno mahu parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tidak keterlaluan untuk meramalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang dalam masa terdekat.
Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan yang dipetik laporan Sinar berkata, situasi yang berlaku itu sudah cukup menunjukkan bahawa kemungkinan PRU15 perlu diadakan dalam masa terdekat untuk memperbaharui semula mandat rakyat.
“Kemelut antara UMNO dan Bersatu sebenarnya sudah dapat dibaca sebab kita dapat lihat dengan jelas petanda hubungan panas antara kedua-duanya.
“Rakyat mungkin perlu berdepan PRU15," katanya.
Situasi hari ini juga jelasnya memberi tekanan kepada PAS. Mereka mesti membuat pilihan untuk kekal bersama Bersatu dalam PN atau setia kepada Umno melalui Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan sebelum ini.
Terpaksa korban sektor ekonomi
Memetik laporan serupa, penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory mengakui sekiranya kerajaan Muhyiddin tumbang, PRU ialah pilihan terbaik yang boleh diadakan bagi mengembalikan semula kestabilan politik negara.
Bagaimanapun beliau berpendapat pilihan raya itu mustahil diadakan ketika pendemik masih tidak dapat dikawal sepenuhnya.
Menurut Ahmad Atory, terdapat dua pilihan yang boleh dibuat bagi memastikan pentadbiran negara terus dapat berjalan sekiranya kerajaan Muhyiddin tumbang.
Ia jelasnya dengan pemimpin yang memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dengan adanya akuan bersumpah (SD) juga boleh membentuk kerajaan atau Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik seorang Perdana Menteri Interim.
![]() |
PM baru boleh dilantik berdasarkan sokongan |
“Mahu atau tidak, kita terpaksa korbankan sektor ekonomi seketika demi keselamatan dan kesihatan rakyat agar PRU15 tidak memberi implikasi buruk. Kita kena kawal Covid-19 terlebih dahulu,” katanya dipetik.
0 Comments