AHLI PARLIMEN Ketereh, Umno Annuar Musa mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu didedahkan Annuar sehari selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) oleh Ahmad Zahid semalam.
Annuar sebelum ini dilihat sering membuat kenyataan yang cenderung kepada pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin.
"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.
"Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Oktober lalu, Anwar dalam satu sidang media mendedahkan bahawa beliau sudah mendapat sokongan lebih 120 Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan.
Pada 13 Oktober, Ketua Pembangkang itu ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong .

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.
Sebelum ini ada spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama BN-HARAPAN, yang dijangka akan membentuk kerajaan yang lebih besar dan stabil.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman dalam satu laporan kerjasama itu tidak mustahil akan dilakukan.
![]() |
Annuar akui Anwar dapat sokongan jadi PM |

0 Comments