SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melancarkan siasatan ke atas pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Gesaan itu dibuat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan susulan pendedahan pembatalan projek itu oleh Singapura baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung sebelum ini mendakwa punca utama perjanjian itu gagal adalah cadangan Malaysia menyingkirkan syarikat aset ditender bersama (AssetsCo) yang menurutnya “menyimpang” daripada perjanjian asal yang dimeterai pada 2016.
Justeru tegas Guan Eng, SPRM perlu menyiasat sebab kerajaan enggan mematuhi proses tender antarabangsa, yang dikatakan Ong dapat menjamin akauntabiliti kedua-dua negara.
Sementara itu, Guan Eng turut mempersoal dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed yang berkata, model asal HSR yang memerlukan tender dilakukan bersama Singapura, terlalu mahal.
“Mustapa menyebut kaedah yang dipersetujui kerajaan BN pada 2016 akan meningkatkan kos dan PN telah mencadangkan model baru yang akan membantu mengurangkan kos. Tidak ada penjelasan bagaimana kos dapat dikurangkan.

“Mustapa tidak jujur dan bercanggah dengan dirinya apabila beliau nampaknya lupa beliau juga menteri Kabinet dalam kerajaan BN pada 2016.
"Mengapakah anggaran kos HSR sekurang-kurangnya RM80 bilion, tidak termasuk pembayaran faedah puluhan bilion ringgit tambahan, dikatakannya mahal sekarang, tetapi tidak dahulu?” soalnya.
Oleh itu, Lim berkata, siasatan ke atas pembatalan HSR dapat mengurangkan kebimbangan rakyat yang SPRM dijadikan alat politik kerajaan PN.
Pentadbiran Muhyiddin baru-baru ini dikritik teruk susulan pembatalan projek itu.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir sebelum ini berkata, kegagalan PN itu telah menyebabkan negara membazirkan kira-kira RM310 juta sebagai ganti rugi kepada Singapura.
"Mengapakah anggaran kos HSR sekurang-kurangnya RM80 bilion, tidak termasuk pembayaran faedah puluhan bilion ringgit tambahan, dikatakannya mahal sekarang, tetapi tidak dahulu?” soalnya.
Oleh itu, Lim berkata, siasatan ke atas pembatalan HSR dapat mengurangkan kebimbangan rakyat yang SPRM dijadikan alat politik kerajaan PN.
![]() |
SPRM digesa siasat |

0 Comments