SEMBILAN Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan mendesak Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memberikan maklum balas terhadap surat yang dihantar mereka pada 7 Dis lalu.
Dalam kenyataan, sembilan Ahli Parlimen itu berkata mereka ingin tahu respon terhadap surat bantahan penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP) yang dirangka sebagai pengganti kepada format Majlis Menteri Wilayah yang wujud sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Malangnya sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas daripada menteri berkenaan surat tersebut.
“Kami telah mengemukakan beberapa bantahan berkenaan Terma Rujukan (TOR) dan Aturan Mesyuarat JaKoWIP.
“Kami menggesa agar menteri segera memberi respon kepada surat tersebut serta memanggil satu mesyuarat khusus bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada kadar segera sebelum mesyuarat pertama JaKoWIP diadakan,” kata mereka dalam kenyataan berkenaan.

![]() |
Annuar didakwa gagal beri respon |
Ahli Parlimen berkenaan adalah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Hannah Yeoh (Segambut), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).
Dalam kenyataan itu juga, mereka menegaskan supaya pertemuan khusus diadakan segera bagi membincangkan isu berhubung Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kementeriannya.

0 Comments