KEPUTUSAN pentadbiran Muhyiddin Yassin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 14 Oktober lalu dianggap gagal.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya semalam berkata, PKPB tidak menjadikan penularan wabak Covid ditahap terkawal sebaliknya menyaksikan kes baru harian serta kadar kebolehjangkitan (R0) meningkat.
"Apa yang pasti tindakan atau strategi yang kita laksanakan pada 14 Oktober sehingga kini, walau kita dapat elak lonjakan mendadak kepada empat juta kes (seperti diunjurkan), tapi kita tak berjaya turunkan kes.
"Kadar R0 masih 1.1 dan meningkat kepada 1.2. Kita tak berjaya turunkannya kepada 0.5 (seperti diharapkan," katanya.
Kegagalan itu jelasnya telah menyebabkan sistem kesihatan negara kini berada ditahap genting. Kementerian Kesihatan (KKM) jelasnya "sangat bimbang" melihat trend peningkatan kes Covid-19 pada masa ini.
Untuk rekod, rakyat di negara ini berpandangan gelombang ketiga wabak itu tercetus susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada September tahun lalu.
Sepanjang tempoh Jun hingga awal September lalu, rantaian penularan wabak itu hampir berjaya diputuskan.
Sepanjang September hingga kini, negera mencatatkan beberapa kali kes harian tertinggi dengan kes baru harian dilaporkan melebihi angka 2,000 kes.
Malaysia mencatat 2,593 kes baru semalam - jumlah tertinggi sejak penularan wabak itu. Jumlah kes aktif buat masa ini ialah 24,347 kes.
Setakat kini Malaysia telah merekodkan lebih 123,000 kes positif dengan 509 kematian.
![]() |
Kes harian meningkat lepas PRN Sabah |
"Kita jangka kes mungkin akan betambah lagi dalam seminggu dua ini, iaitu selepas (sambutan) tahun baru," tambahnya.
Justeru, katanya, kini ada keperluan untuk mengkaji semula strategi pelaksanaan PKPB serta keputusan kerajaan bulan lalu untuk membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.
0 Comments