BEKAS Pengerusi parti Bersatu, Dr Mahathir Mohamad didakwa campur tangan dan berkeras ingin menjadi perdana menteri sementara ketika kemelut politik negara pada Febuari lalu walaupun di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ada mencadangkan calon lain bagi menyandang jawatan itu.
Pendedahan itu dibuat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness.
Thomas berkata, Selepas Mahathir secara mengejut melepaskan jawatannya, Agong telah bertindak mengikut perlembagaan dan mahu melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri interim.
Langkah itu bagi membolehkan kerajaan terus berjalan dan Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menamakan calon baharu bagi menerajui kerajaan.
"Keputusan untuk melantik Dr Wan Azizah - yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Mahathir - pasti menjadi keputusan perlembagaan yang betul," kata laporan media.
Dalam buku itu, Thomas berkata beberapa tindakan “aneh” Mahathir menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang memperoleh mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Thomas berkata, kerelaan Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri Feb lalu “tidak boleh dijelaskan” kerana beliau cukup arif mengenai kuasa-kuasa luas yang ada padanya selaku perdana menteri.
“Ini bukan satu kebiasaan dalam politik moden. Perdana menteri yang selesa berkuasa, mengundurkan diri atas kehendak dan kemahuan sendiri.
“(Namun) Mahathir mencalonkan diri,” untuk jawatan sementara itu, walaupun sudah berundur sebagai perdana menteri, kata Thomas.
Beliau turut mengkritik mahathir yang memecat semua menteri kabinet setelah dilantik semula sebagai perdana menteri interim.
“Perlu diingatkan peletakan jawatan Tun bersifat peribadi, hanya sebagai perdana menteri. Jawatan itu tidak dibincangkan dalam pejabat mahupun seluruh kerajaan," katanya lagi.
Sementara itu,Tommy turut menyifatkan Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan HARAPAN yang dikepalainya sendiri.
Pada masa sama katanya tindakan Mahathir meminggirkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dipersetujui bersama untuk dilantik sebagai perdana menteri kemudiannya.
“Yang memburukkan lagi keraguan (Anwar) untuk jadi perdana menteri jelas pada tahun pertama pentadbiran HARAPAN," tulisnya lagi.

![]() |
Agong cadang Wan Azizah dakwa Tommy |

0 Comments