KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin didesak agar segera mengumumkan tarikh sebenar vaksin Covid-19 akan tiba ke negara ini.
Menerusi satu kenyataan media, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan bahawa pengumuman itu perlu kerana setakat ini Putrajaya memberikan tarikh berbeza dan ia merunsingkan rakyat.
mereka turut mahu kerajaan mendedahkan garis masa pelan suntikannya yang digerakkan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
"Pada 13 Okt 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa vaksin Covid-19 dijangka tiba selewat-lewatnya akhir 2020.
"Kemudian Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) memaklumkan fasa pertama vaksin Covid-19 akan mula diagih dan disuntik bermula Feb 2021; dan terbaru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) pula menyasarkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara akan bermula pada Mac ini.
"Kenyataan berdolak-dalik ini merunsingkan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan kegagalan berterusan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin menangani isu ekonomi, pendidikan, kesejahteraan rakyat, kesihatan awam dan lain-lain," kata ketuanya, Akmal Nasir.
Terdahulu, Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru mendakwa kerajaan gagal melaksanakan program vaksinasi seperti yang sepatutnya.
Katanya, negara lain seperti Indonesia dan Singapura sudah mula melaksanakan program vaksinasi.
![]() |
Akmal dakwa kerajaan Muhyiddin gagal |
Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat sudah sedia terbeban dengan "kegagalan berterusan" kerajaan menguruskan pelbagai kemelut yang melanda.
0 Comments