KETUA Polis Negara Abdul Hamid Bador perlu tampil menjelaskan status terkini siasatan pihak berkuasa terhadap isu rakaman video intim yang didakwa membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.
Gesaan itu dibuat seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sehari selepas Azmin dilaporkan berkata, "amalan seksual tidak bermoral" yang didakwanya dilakukan Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim menjadi punca dia meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu yang dikepalai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
"Saya ingin bertanya kepada ketua polis Negara: apakah status kes itu kini?
"Setahun berlalu, adakah polis masih gagal menemui sebarang bukti untuk mengesahkan identiti pelaku?" soal Naib Ketua AMK Kebangsaan Syed Badli Shah Syed Osman dalam kenyataan hari ini.
Tegas Syed Badli, Azmin tidak layak menuduh orang lain dengan dakwaan tidak bermoral sedangkan dia sendiri dikaitkan dengan pelbagai masalah moral.
"Pengkhianatan terhadap KEADILAN dan pengundi Gombak adalah salah satu bukti yang dia bukan manusia yang bermaruah.
"Malahan sehingga ke hari ini Azmin masih gagal menafikan, bahkan tiada langsung sebarang usaha untuk membersihkan namanya yang terkait dengan skandal video seks luar tabii yang tular sebelum ini," katanya.
Pada 2019, satu rakaman klip video tular di beberapa kumpulan WhatsApp disertai pengamal media . Ia memaparkan dua lelaki yang salah seorangnya mirip Azmin melakukan 'amalan seksual luar tabii' di sebuah kamar sebuah hotel di Sandakan Sabah.
Sehari kemudian, seorang daripada mereka, Haziq Abdullah Abdul Aziz
tampil mengakui beliau lelaki dalam video tular tersebut.
Bekas ketua AMK Santubong yang sebelumnya merupakan aktivis pelajar itu mendakwa Azmin adalah individu bersamanya dan kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya.
Pada Januari tahun lalu, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan pertuduhan terhadap Azmin susulan pakar forensik AS gagal mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.
![]() |
Pakar dakwa suspek sukar dikenal pasti |
Sementara itu tegas Syed Badli Shah walaupun siasatan kes berkenaan tidak dapat diteruskan kerana faktor teknikal, tidak bermakna ia sudah ditutup sebaliknya boleh dibuka semula dengan adanya bukti baru.
0 Comments