PAKEJ bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan Muhyiddin Yassin semalam dianggap sebagai tidak memadai.
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah RM15 bilion pakej itu terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan peruntukan RM305 bilion oleh kerajaan ketika permulaan wabak Covid-19 tahun lalu.
Ia juga tegasnya tidak merangkumi sebarang suntikan fiskal yang baru dan dilihat sebagai kitar semula daripada Belanjawan 2021dan sekadar "bungkusan baru" apabila Muhyiddin sendiri mengakui dana tersebut diambil daripada peruntukan sedia ada.
Tambah Guan Eng, jumlah diumumkan juga turut jauh lebih sedikit berbanding pakej rangsangan RM45 bilion yang dicadangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengatasi kemerosotan ekonomi semasa bagi menyelamatkan perniagaan dan pekerjaan.
"Walaupun dengan tindakan seperti itu (peruntukan RM305 bilion tahun lalu), ekonomi negara tetap merosot sehingga mencatatkan kadar pengangguran tertinggi untuk beberapa dekad, iaitu 4.8 peratus pada November 2020.
"Bagaimana pakej bantuan RM15 bilion, dengan jangkaan perbelanjaan langsung yang hanya RM3.87 bilion, yang dialihkan daripada peruntukan sedia ada, dapat membantu memulihkan ekonomi kita?" soalnya dalam kenyataan.
Perintah kawalan pergerakan kali kedua, atau PKP 2.0, berkuat kuasa bermula 13 Jan lalu. Ia dijadual berakhir pada 26 Jan tetapi tarikh itu boleh dilanjutkan.
Dalam pengumumannya, Muhyiddin berkata kerajaan perlu mengatur semula peruntukan bagi mendanai pakej tersebut.
"Memandangkan tiada suntukan fiskal baru ke dalam ekonomi di bawah Permai, kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi untuk keluar dari kemerosotan juga minimum .
"Jika ekonomi terus merosot dua peratus dalam suku pertama atau kedua tahun ini, ia pastinya tidak baik untuk ekonomi Malaysia memandangkan tahun ini dijangka ekonomi secara relatifnya bertumbuh," katanya lagi.
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, jumlah RM15 bilion pakej itu terlalu sedikit dan jauh berbeza dengan peruntukan RM305 bilion oleh kerajaan ketika permulaan wabak Covid-19 tahun lalu.
Ia juga tegasnya tidak merangkumi sebarang suntikan fiskal yang baru dan dilihat sebagai kitar semula daripada Belanjawan 2021dan sekadar "bungkusan baru" apabila Muhyiddin sendiri mengakui dana tersebut diambil daripada peruntukan sedia ada.
Tambah Guan Eng, jumlah diumumkan juga turut jauh lebih sedikit berbanding pakej rangsangan RM45 bilion yang dicadangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengatasi kemerosotan ekonomi semasa bagi menyelamatkan perniagaan dan pekerjaan.
"Walaupun dengan tindakan seperti itu (peruntukan RM305 bilion tahun lalu), ekonomi negara tetap merosot sehingga mencatatkan kadar pengangguran tertinggi untuk beberapa dekad, iaitu 4.8 peratus pada November 2020.
"Bagaimana pakej bantuan RM15 bilion, dengan jangkaan perbelanjaan langsung yang hanya RM3.87 bilion, yang dialihkan daripada peruntukan sedia ada, dapat membantu memulihkan ekonomi kita?" soalnya dalam kenyataan.
Perintah kawalan pergerakan kali kedua, atau PKP 2.0, berkuat kuasa bermula 13 Jan lalu. Ia dijadual berakhir pada 26 Jan tetapi tarikh itu boleh dilanjutkan.
Dalam pengumumannya, Muhyiddin berkata kerajaan perlu mengatur semula peruntukan bagi mendanai pakej tersebut.
![]() |
Pakej diumum Muhyiddin dianggap kitar semula |

0 Comments