KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menjangkakan kes harian dua atau tiga hari ini akan meningkat dan kekal sekitar kira-kira 3,000 kes sehari.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham meminta rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat suoaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Sekali lagi saya ingin mengingatkan diri saya dan rakyat Malaysia tidak kira pangkat dan bangsa dan sebagainya untuk patuh kepada SOP.
"virus Covid-19 sudah ada dalam masyarakat kita dan semakin merebak," katanya pada taklimat berkenaan wabak itu petang semalam.
Sementara itu jelasnya KKM akan menilai semula keperluan sama ada melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Sementara itu, Noor Hisham berkata dengan rekod jangkitan baru setiap hari melebihi 3,000 kes sejak PKP mula dilaksanakan di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan sejak 13 Jan lalu, ia memberi gambaran bahawa pelaksanaan PKP belum menampakkan keberkesanan.
“Walaupun kita sudah menjalankan PKP 2.0 sejak 13 Januari, tetapi hasil atau kesan daripada PKP masih belum kita dapat lihat.
“Jangkaan kita mungkin dalam tempoh dua tiga hari lagi kes akan meningkat.
“Kita harapkan dalam tempoh seminggu lagi kes akan stabil dan kekal sekitar 3,000 kes sehari sebelum kita melihat impak atau pengurangan kes selepas PKP dua minggu,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, beliau optimis rantaian jangkitan Covid-19 yang dihadapi negara pada ketika ini boleh diputuskan.
Katanya, perkara itu tidak mustahil dilakukan kerana negara telah berjaya melakukannya pada gelombang kedua.
“Kita sudah berjaya pada gelombang kedua dan kita sekali lagi boleh lakukannya pada gelombang ketiga,” katanya.
![]() |
PKP 2.0 belum nampak hasil |
Situasi itu menyebabkan kemudahan rawatan pesakit di Hospital penuh.
0 Comments