Saman pengundi Gombak lawan kedurjanaan politik - Sharir


TUNTUTAN saman dibawa 10 pengundi Gombak terhadap ahli parlimen kawasan itu, Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai jalan menentang "kedurjanaan politik".

Dalam kenyataan di Facebook, veteran Umno, Sharir Samad berkata, walaupun kerajaan di bawah teraju Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dianggotai ramai "katak politik", ia masih sah dari sisi perlembagaan.

"Oleh itu, saman sekumpulan sepuluh pengundi Gombak - 'Gombak Ten' - menuntut ganti rugi di atas kegagalan kewajipan fidisuari (fidicuary duty) dan penipuan (deceit) Azmin ialah satu tindak balas pengundi terhadap wakil rakyatnya.

"Negara kita tidak ada 'recall system' yang membolehkan pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlakunya satu 'kedurjanaan' politik seperti meninggalkan parti asalnya," katanya dipetik satu laporan.

Tegas Ahli bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu,  kes berkenaan juga menarik untuk diperhatikan bagi melihat sama ada mahkamah mampu membicarakan kes sivil itu sebagai sumbangan ke arah kematangan politik negara.

"Bagi saya, perlu adanya cara mengatasi kedurjanaan politik dengan mengiktirafkan bahawa seorang wakil rakyat juga ada kewajipan fidusiari dan tidak boleh menipu pengundi-pengundinya," katanya.

Terdahulu, 10 pengundi Gombak melalu peguam Yohendra Nadarajan sembilan pengiktirafan mahkamah berhubung Azmin, termasuk bagaimana bekas timbalan presiden KEADILAN itu melanggar tugas fidusiari sebagai wakil rakyat.

 Pengundi Gombak saman Azmin
Mereka berpendapat Azmin telah melanggar kepercayaan mereka dengan bekerjasama dengan BN dalam kudeta politik "Langkah Sheraton" tahun lalu untuk menjatuhkan Pakatan Harapan, walaupun telah berkempen dan memenangi kerusi Gombak dengan tiket KEADILAN / Pakatan Harapan

Tugas fidusiari biasanya merujuk kepada hubungan antara pemegang amanah dan penerima manfaat (benefisiari).


Post a Comment

0 Comments