Imam Masjid Shah Alam pula positif Covid-19


IMAM
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19.

Berita itu disahkan sendiri Abdul Karim.

Melalui perkongsian secara langsung di Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi, imam itu berkata dia menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.

Menurutnya, dia kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, manakala ahli keluarganya yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

 Abdul Karim dapatkan rawatan di Sungai Buloh
Sebelumnya jelas Abdul Karim, beliau mengalami gejala sukar bernafas selain batuk yang kering, sebelum disahkan positif wabak itu.

Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Post a Comment

0 Comments