SEORANG Ahli Parlimen menggesa pentadbiran Muhyiddin Yassin menjelaskan rancangan mereka berhubung pembelajaran dirumah,
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang merupakan bekas Timbalan menteri Pendidikan turut mempersoalkan bila 150,000 komputer riba yang dijanjikan kepada pelajar pada belanjawan persekutuan lalu akan diberikan.
“Untuk memastikan pembelajaran di rumah dapat dijalankan dengan berkesan, Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan kepada ibu bapa, khasnya mereka daripada B40 bila 150,000 komputer riba ini akan siap dan diagihkan kepada pelajar.” tegasnya.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan kekal di rumah serta mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Jan ini.
Putrajaya sebelum ini mengumumkan syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM150 juta untuk menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah.
Sementara itu tambah Nie Ching, tinjauan Kementerian Pendidikan membabitkan 670,000 ibu bapa pada tahun lalu mendapati 36.9% daripada kira-kira 900,000 pelajar tidak mempunyai sebarang peranti untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.
Sekalipun pelajar mempunyai peranti berkenaan, pelajar jelasnya perlu diberikan salinan cetak buku teks, selain buku teks digital kerana ramai yang tidak mempunyai akses kepada peranti digital.
“Walaupun mereka yang mempunyai peranti digital, penggunaan berpanjangan tidak dinasihatkan untuk kanak-kanak.
“Ibu bapa dan pelajar perlu diberikan pilihan mengambil buku teks dari sekolah untuk pembelajaran dalam talian.” jelasnya.
Katanya, Kementerian Pendidikan perlu sedar tiada pendekatan menyeluruh yang sesuai untuk semua dan perlu mengambil kira tahap pendapatan berbeza serta jurang digital di seluruh negara.

![]() |
Bila nak agih komputer dijanjikan? |

0 Comments