KEPUTUSAN saat akhir Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai sesi persekolahan secara yang dijadualkan sepatutnya bermula 20 Jan ini dikritik.
Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengumuman pembukaan sekolah dianggap perkara penting dan keputusan saat akhir untuk menangguhkannya bukan tindakan yang baik.
Menurut Syed Saddiq, dalam masa empat hari sahaja keputusan mengenai sesi persekolahan itu berubah.
“Selasa 12 Jan lalu umum sekolah akan dibuka 20 Jan ini, Semalam umum sekolah tutup (kecuali calon peperiksaan umum).
“Empat hari sahaja, tapi keputusan dasar berubah-ubah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebelum ini.
KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Jan di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.
Sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Wilayah Persekutuan, Dr Niekmah Adam berkata, perubahan di saat akhir telah menimbulkan perasaan cemas dan kelam-kabut serta memberikan pelbagai reaksi kepada ibu bapa, guru mahu pun murid.
Malah keputusan saat akhir untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) menyebabkan ibu bapa tidak dapat membuat persediaan pembelajaran secara dalam talian kerana pergerakan yang terhad.
“Ibu bapa telah mengorbankan wang ringgit untuk persediaan ke sekolah secara fizikal dengan membeli pakaian sekolah baru, malah bagi yang mempunyai anak-anak di asrama, segala keperluan asrama juga telah disediakan.
“Berkemungkinan dengan sesi persekolahan dalam talian sahaja, segala persediaan ini akan menjadi pembaziran kerana anak-anak membesar dengan cepat dan mungkin tidak padan lagi bila sekolah fizikal betul-betul dibuka.
“Negara kita sudah hampir setahun menghadapi wabak Covid-19, seharusnya sudah mahir membuat perancangan awal dan bukannya mengubah keputusan saat akhir yang menyusahkan banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengumuman pembukaan sekolah dianggap perkara penting dan keputusan saat akhir untuk menangguhkannya bukan tindakan yang baik.
Menurut Syed Saddiq, dalam masa empat hari sahaja keputusan mengenai sesi persekolahan itu berubah.
“Selasa 12 Jan lalu umum sekolah akan dibuka 20 Jan ini, Semalam umum sekolah tutup (kecuali calon peperiksaan umum).
“Empat hari sahaja, tapi keputusan dasar berubah-ubah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sebelum ini.
KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Jan di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan Covid-19.
Sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.
Sementara itu, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Wilayah Persekutuan, Dr Niekmah Adam berkata, perubahan di saat akhir telah menimbulkan perasaan cemas dan kelam-kabut serta memberikan pelbagai reaksi kepada ibu bapa, guru mahu pun murid.
Malah keputusan saat akhir untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) menyebabkan ibu bapa tidak dapat membuat persediaan pembelajaran secara dalam talian kerana pergerakan yang terhad.
“Ibu bapa telah mengorbankan wang ringgit untuk persediaan ke sekolah secara fizikal dengan membeli pakaian sekolah baru, malah bagi yang mempunyai anak-anak di asrama, segala keperluan asrama juga telah disediakan.
![]() |
Keputusan saat akhir menyusahkan |

0 Comments