AHLI PARLIMEN Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz dilapor positif Covid-19.
Menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak itu, Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.
“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.
“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Difahamkan, Nazri mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Zaharin yang merupakan seorang penganalisis politik dan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak juga difahamkan ada pada sidang media tersebut.
Sidang media itu turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahmah.
![]() |
Nazri sedang menerima rawatan di Kota Bahru |
“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru....,” katanya dipetik.
0 Comments