DUTA KHAS Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri, Abdul Hadi Awang dilapor memohon membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah.
Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan presiden parti PAS itu selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.
Menurut peguamnya itu, mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan berkenaan.
“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian.
Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama serta kedua atas alasan saman itu tiada kausa tindakan munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Menurut pernyataan tuntutan saman itu yang dipetik dari laporan media Disember lalu, kedua-dua plaintif mendakwa bahawa pernyataan Hadi itu bukan sahaja bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan, tetapi juga telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di Malaysia.
“Kami dengan hormat menyatakan bahwa terdakwa telah membuat pernyataan yang tidak berasas terhadap orang Kristian dan / atau mubaligh Kristian.
"Kenyataan defendan telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di negara ini dan dengan demikian telah menjadi kepentingan awam.
"Namun, sudah lebih dari empat tahun sejak defenden mengeluarkan pernyataan menghasut ini tetapi tidak ada pendakwaan yang dilakukan terhadapnya," kata kedua-dua plaintif seperti dilapor.
Kenyataan presiden PAS itu diterbitkan sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan sebuah portal pada hari sama.
Hasil carian, Abdul Hadi antara lain dilaporkan berkata bahawa mubaligh Kristian telah memerangkap sasaran dengan wang dan lain-lain bentuk bantuan.
Sehari selepas kenyataan itu diterbitkan. MCA menyelar Abdul Hadi dengan berkata mengaitkan Kristian dengan rakyat Sabah dan Sarawak secara khusus adalah tidak wajar, terutama daripada seorang Presiden PAS.
"Kenyataan beliau bukan sahaja menghasut tetapi juga ringkas dan terlalu umum yang mempunyai kecenderungan untuk meresap masuk dan mencemarkan minda yang lebih kecil dengan prejudis dan penipuan," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker dalam kenyataan.
Sementara itu, dalam saman difailkan itu, kedua-dua plantif menuntut pengisytiharan bahawa Abdul Hadi tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, termasuk jawatan yang setara dengan jawatan menteri.
Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan presiden parti PAS itu selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.
Menurut peguamnya itu, mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan berkenaan.
“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya dipetik laporan media.
Beliau berkata demikian selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian.
Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama serta kedua atas alasan saman itu tiada kausa tindakan munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Menurut pernyataan tuntutan saman itu yang dipetik dari laporan media Disember lalu, kedua-dua plaintif mendakwa bahawa pernyataan Hadi itu bukan sahaja bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan, tetapi juga telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di Malaysia.
“Kami dengan hormat menyatakan bahwa terdakwa telah membuat pernyataan yang tidak berasas terhadap orang Kristian dan / atau mubaligh Kristian.
"Kenyataan defendan telah memburuk-burukkan masyarakat Kristian di negara ini dan dengan demikian telah menjadi kepentingan awam.
"Namun, sudah lebih dari empat tahun sejak defenden mengeluarkan pernyataan menghasut ini tetapi tidak ada pendakwaan yang dilakukan terhadapnya," kata kedua-dua plaintif seperti dilapor.
Kenyataan presiden PAS itu diterbitkan sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan sebuah portal pada hari sama.
Hasil carian, Abdul Hadi antara lain dilaporkan berkata bahawa mubaligh Kristian telah memerangkap sasaran dengan wang dan lain-lain bentuk bantuan.
Sehari selepas kenyataan itu diterbitkan. MCA menyelar Abdul Hadi dengan berkata mengaitkan Kristian dengan rakyat Sabah dan Sarawak secara khusus adalah tidak wajar, terutama daripada seorang Presiden PAS.
![]() |
Hadi kemuka permohonan batal saman |

0 Comments