SURAT dihantar Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti, bukan individu.
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Aziz yang menempelak dakwaan pihak tertentu yang cuba menafsirkannya surat itu sebagai percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.
“Surat itu dikeluarkan di bawah mesyuarat biro politik, jadi tak usahlah mana-mana ahli parlimen (Umno dan BN) pandai sangat hendak argue (pertikai).
"Jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan untuk kelirukan rakyat,” katanya seperti dipetik Sinar Online.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut mengesahkan surat yang dihantar kepada semua 41 ahli Parlimen Umno dan BN itu diutuskan Ahmad selepas mesyuarat Biro Politik Umno diadakan baru-baru ini.
Nazri turut menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu sebagai langkah tepat dan wajar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dalang kepada usaha
Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut menyifatkan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan darurat atas alasan mendepani pandemik Covid-19 sebagai satu usaha ‘menghukum’ amalan demokrasi.
Beliau turut menempelak beberapa ahli Parlimen Umno yang cuba mempertikaikan tuntutan terkini parti berkenaan dan seolah-olah mahu mengelirukan rakyat.
“Kita sekarang duduk di bawah kerajaan minoriti, maknanya segala keputusan dibuat parti, semua ahli Parlimen Umno dan BN kena akur.
“Surat itu dikeluarkan di bawah mesyuarat Biro Politik, jadi tak usah mana-mana ahli Parlimen (Umno dan BN) pandai sangat hendak ‘argue’. Jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan untuk kelirukan rakyat,” katanya.
Terdahulu, Ahmad dilapor menghantar surat kepada ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.
![]() |
Nazri bidas cubaan kelirukan rakyat |
0 Comments