Kerajaan Muhyiddin gagal dengar keluhan rakyat - Anwar


KERAJAAN Persekutuan yang dikepalai Muhyiddin Yassin disifatkan gagal mendengar keluhan rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu sebagai mengulas tindakan kerajaan menghadkan aktiviti kedai makan dan penjaja hanya sehingga jam 8 malam alaupun rungutan mengenainya telah diutarakan sejak lebih seminggu lalu.

Anwar dalam satu sidang media di Facebooknya semalam menegaskan tindakan itu juga memperlihatkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak peka akan nasib dan kebajikan rakyat sehingga menyebabkan rakyat berdepan masalah.

"Seperti gerai makanan ini sudah riuh-rendah di seluruh negara (yang diarahkan) tutup jam 8, sedangkan waktu ini orang balik kerja (dan) masa itu mahu beli makanan.

"Ini jelas menunjukkan perancangan yang dibuat tidak ambil kira pandangan akar umbi dan keluhan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden KEADILAN mengingatkan kerajaan dapat menyelami keluhan rakyat yang terjejas susulan pelaksanaan perintah berkenaan.

Sebagai rekod, banyak pihak terutama persatuan perniagaan dan penghantar makanan serta orang awam mendesak supaya aktiviti perniagaan dan kedai runcit dibenar beroperasi dalam tempoh lebih lama sepanjang pelaksanaan PKP 2.0.

Tempoh perniagaan sehingga jam 8 malam menyukarkan golongan pekerja mendapatkan makanan dan menjejas pendapatan peniagan sektor itu yang kebanyakkanya terdiri dari golongan B40.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, tindakan kerajaan yang menggantung Parlimen seolah-olah menyekat suara ahli Parlimen dalam menbawa suara rakyat.

Ramai gesa lanjut masa perniagaan
"Oleh kerana kami ahli Parlimen, kami merasakan perlu mengemukakan kepada rakyat mengenai penyelesaian (beberapa isu).

"Sehubungan itu, ruang kepada kami sebagai ahli Parlimen perlu diberikan untuk menyegerakan perubahan agar dapat melaksanakan program tertentu khususnya melibatkan usaha menangani COVID-19 secara lebih berkesan," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments