KETUA Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali membidas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang menurutnya terus menjadikan DAP sebagai alasan kelemahan pentadbiran kerajaan.
Menurut Sheikh Umar, parti DAP terus dijadikan 'punching bag' bagi menutup perbalahan antara Umno dan Bersatu.
Kenyataan itu hadir selepas kenyataan Annuar yang memberikan tiga sebab Umno perlu menolak DAP seperti yang dilaporkan muka hadapan Sinchew Daily, semalam.
"Tindakan parti yang menunggang nama Melayu ini sangat melucukan. Selepas 'Langkah Shareton', parti DAP sudah bukan lagi sebahagian dari kerajaan.
"Tetapi tiap kali berlaku pergaduhan antara parti-parti Perikatan Nasional (PN) ini, setiap kali itu jugalah nama DAP diperalatkan.
"Ini gambaran bahawa mereka sangat lemah. Kononnya hebat, tetapi terpaksa bersandar pada DAP untuk dijadikan 'punching bag' bagi menutup kelemahan pentadbiran mahupun perbalahan dalaman.
"Apatah lagi dalam keadaan kerajaan yang ditadbir tanpa majoriti ini," katanya dalam kenyataan.
Sebagai rekod Annuar yang merupakan ahli parlimen Ketereh dari Umno dan dipecat dan dari jawatan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) baru-baru ini dipercayai berpunca dari pendiriannya yang lebih rapat dengan Bersatu.
Dia merupakan antara pemimpin Umno yang menolak sebarang bentuk kerjasama politik antara Umno dengan DAP dan kekal dengan pendirian agar Umno tidak menyokong Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim dan mahu Umno terus bekerjasama dengan Bersatu.
Kebanyakkan bahagian Umno yang bermesyuarat baru-baru ini memutuskan agar kerjasama politik antara parti itu dengan kerajaan dipimpin Muhyiddin ditamatkan segera sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sementara itu, Sheikh Omar yang juga Adun Paloh dalam kenyataan sama menambah bahawa pemimpin dan petugas akar umbi DAP sedang sibuk berkhidmat untuk rakyat pada masa kritikal ini.
Jelasnya, rakyat terpaksa berhadapan dengan banjir, Covid-19 dan tekanan ekonomi.
![]() |
Sheikh Omar kritik tindakan Annuar Musa |
"Bukan mencari pihak ketiga untuk dipersalahkan, bagi menutup kelemahan diri sendiri," katanya.
0 Comments