SEPULUH pegamal undang-undang yang merupakan bekas presiden Badan Peguam sepanjang tempoh tiga dekad lalu membantah tindakan darurat yang diusulkan Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong dengan alasan kononnya bagi memerangi Covid-19.
Dipetik laporan media, mereka berpandangan kerajaan dikepalai Muhyiddin telah menetapkan duluan (precendet) berbahaya dalam menggunakan kuasa darurat apabila syarat-syaratnya tidak dipenuhi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Sepuluh peguam berkenaan terdiri daripada Steven Thiru, Christopher Leong, Ragunanth Kesavan, Ambiga Sreenevasan, Yeo Yang Poh, Kuthubul Zaman Bukhari, Mah Weng Kwai, Cyrus V Das, Zainur Zakaria dan Param Cumaraswamy.
"Artikel 150 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perisytiharan Darurat hanya dalam situasi di mana keadaan darurat yang sangat parah, iaitu ketika keamanan, kehidupan ekonomi, atau tatanan umum di negara ini terancam.
"Ia tidak boleh dipandang ringan kerana bersifat anti-demokratik dan secara efektif menggantung kedaulatan undang-undang.
"Pengisytiharan seperti itu meghumbankan negara ke jurang hukum di mana semua kuasa berada dalam eksekutif.
"Oleh itu, penggunaannya adalah terbatas seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita, yang didasarkan pada kerangka demokrasi, pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang," tegas mereka.
Menurut mereka Proklamasi Darurat pada 11 Jan itu memeberikan alasan wabak Covid-19 sebagai ancaman terhadap "keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam" di negara ini.
Sambil mempersoalkan apakah berlaku keadaan paling ekstrem untuk pengumuman itu, mereka menegaskan adalah kewajiban kerajaan yang bertanggung jawab untuk tidak sewenangnya membuat pengumuman darurat.
"Sekiranya tidak ada alasan lain, ini bukanlah alasan yang sah untuk keadaan darurat, terutamanya apabila ada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dibuat untuk membendung penyakit dan fakta bahawa kebanyakan perniagaan terus berfungsi, walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.
"Lebih membimbangkan adalah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah pengisytiharan ini.
![]() |
PN didakwa tetapkan duluan berbahaya |
Mereka juga menimbulkan kebimbangan mengenai penggantungan parlimen yang disifatkan tidak demokratik sepanjang tempoh darurat, walaupun aktiviti lain dibenarkan beroperasi di bawah perintah sekatan Covid-19.
0 Comments