KAWASAN gurun di Afrika dan Arab Saudi yang kebiasaanya panas dilapor mengalami cuaca sejuk dengan salji meliputi beberapa bahagian.
Portal berita MailOnline pada Isnin melaporkan, fenomena aneh itu menyaksikan suhu terutamanya di wilayah Asir, Arab Saudi mencatatkan suhu - 2 darjah Celcius.
Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi pula menurut laporan itu berada pada 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.
Portal watchernews.com pula melaporkan, salji melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.
Arab News dalam pautan terkini pada 10 Januari turut memaparkan sebuah video yang menunjukkan kawasan pergununan di Dahr diselimuti salji.
Portal berita Al-Arabiya turut melaporkan seorang jurugambar, Karin Bouchetta telah merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada - 3 darjah celsius.
Portal itu juga melaporkan salji pernah turun di kawasan pergunungan wilayah Asir seawal April, 2018.
Portal berita MailOnline pada Isnin melaporkan, fenomena aneh itu menyaksikan suhu terutamanya di wilayah Asir, Arab Saudi mencatatkan suhu - 2 darjah Celcius.
Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi pula menurut laporan itu berada pada 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.
Portal watchernews.com pula melaporkan, salji melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.
Arab News dalam pautan terkini pada 10 Januari turut memaparkan sebuah video yang menunjukkan kawasan pergununan di Dahr diselimuti salji.
![]() |
Suhu turun hingga -3 darjah celsius |

0 Comments