Gunung Semeru di Jawa Timur meletus lagi



GUNUNG berapi tertinggi di Pulau Jawa, Gunung Semeru dilapor meletus semalam dengan asap setinggi 4.5km dilepaskan ke udara.

Memetik laporan, gunung berketinggian 3,676 meter itu meletus kira-kira jam 5.24 petang waktu Indonesia Timur.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalams atu siaran media memaklumkan gunung itu kini diletakkan dibawah status level II (dua) atau 'waspada'.

Untuk rekod pada Januari tahun lalu, Semeru memuntahkan debu panas setinggi sekurang-kurangnya 400 meter di udara.

Letusan sering berlaku di Semeru kerana ia adalah gunung berapi aktif.

Berdasarkan data PVMBG terdapat lebih 70 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia manakala tujuh gunung berapi di Indonesia ketika ini sedang aktif meletus.

Gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lepas ialah Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Gunung Merapi (di Jawa Tengah), Gunung Kelud (Jawa Timur), Gunung Sinabung (Sumatera Utara), Gunung Bromo (Jawa Timur), Gunung Soputan dan Gunung Lokon (di Sulawesi Utara).

 Asap setinggi 4.5 km dilepaskan ke udara
Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) sedang melakukan evaluasi lebih lanjut berhubung letusan itu.

Penduduk di sekitar Desa Sumber Mujur, Desa Curah Koboan dan kawasan sekitarnya diarahkan sentiasa berjaga-jaga dan menjauhi kawasan gunung berkenaan.

 

Post a Comment

0 Comments