KES harian Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi hari ini apabila lebih 4,000 kes baru dikesan sehingga jam 12 tengah ahri tadi.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan dikeluarkan memaklumkan sebanyak 4,029 kes kes dilaporkan, kali pertama jumlah jangkitan melebihi paras 4,000 dan memadam rekod 3,337 kes yang dilaporkan Khamis lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baru itu, hanya lapan kes import dan baki 4,021 kes penularan tempatan membabitkan 2,711
warganegara serta 1,310 warga asing.
Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,466 kes, di mana 1,161 kes (79.2%) daripada kluster dan saringan kontak rapat.
Ia diikuti Johor (719), Sabah (449), Kuala Lumpur (347), Negeri Sembilan (214), Kedah (195), Kelantan (141), Pulau Pinang (120), Terengganu (80), Sarawak (69), Pahang (65), Perak (54), Melaka (44), Putrajaya (35), Labuan (17) dan Perlis (14).
“Sebanyak 110 kes (2.7%) yang dilaporkan berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara membabitkan kluster Penjara Jalan Harapan (40), Tembok Nanas (39), Tembok Gajah (15), Damai Pelangi (9), Pagar Siput (4), Tembok Kemus (2) dan Pagar Bentong (1),” katanya.
Dalam tempoh sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa terkorban akibat wabak itu di Malaysia meningkat kepada 594 orang.
![]() |
Malaysia mencatatkan 155,095 kes |
Setakat ini tambahnya, terdapat 37,126 kes aktif dengan 79 daripada 206 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
0 Comments