SEORANG pekerja maut, manakala dua lagi cedera dipercayai akibat letupan kecil daripada kerja pengimpalan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang kira-kira jam 2.20 petang tadi
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Yahaya Madis dipetik laporan Bernama berkata, semua mangsa yang dipercayai warga tempatan.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Wilson Banggau, 45, manakala Bonsi Buli, 42, dan Mohd Syafiq Abd Rahman, 23 dilapor parah.
Mereka difahamkan sedang membuat kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit.
“Letupan sekali itu dipercayai akibat tindak balas api kimpalan dan gas dalam tangki berkenaan.
“Mangsa yang maut itu terjatuh dari tempat kerja pengimpalan itu, iaitu setinggi 15m,” katanya dipetik laporan itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar byang dipetik laporan lain pula erkata, empat jentera termasuk dari BBP Larkin dan sebuah tangki air dengan 27 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan.
![]() |
Mangsa sedang jalankan kerja kimpalan |
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian selain kerugian yang dialami.
0 Comments