NEGERI Perak mampu mempunyai sebuah kerajaan berteraskan perpaduan yang sejajar titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, parti itu sudi bekerjasama dengan parti politik lain di negeri itu dan semua parti politik di Perak sewajarnya mengambil sikap terbuka.
“Sebarang usaha perdamaian amat penting pada masa ini agar kepentingan rakyat tidak terabai.
“Semua parti politik perlu lebih matang dan mengambil sikap yang terbuka,” katanya dalam kenyataan merujuk titah Sultan Perak sebelum ini supaya semua pemimpin politik agar mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik di Perak.
Tambah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lagi, ekiranya semua pihak dapat bekerjasama, penubuhan kerajaan baharu Perak dapat disegerakan selain mewujudkan landskap politik yang baharu.
BACA: Tindakan PAS Perak undang kritikan warganet

Menurutnya, negara memerlukan pemahaman yang dapat menyatukan semua kaum dalam menempuh cabaran dunia pasca COVID-19 secara muafakat
“KEADILAN Perak menjemput semua ahli politik agar mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat
KEADILAN ajak utamakan kesejahteraan rakyat |
Beliau berharap pemimpin politik tidak mengabaikan tanggungjawab hanya kerana tidak bersefahaman.
“Apa yang jelas adalah kita bersedia memberikan sokongan kepada kerajaan yang mengutamakan semangat kesepakatan,” ujarnya.
0 Comments