Bersatu 'jual mahal' ketika Umno mahu pujuk


KETIKA Umno memutuskan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak, Parti Bersatu setakat tengahari tadi dilapor belum memutuskan sebarang keputusan sama ada akan menyokong pembentukan kerajaan negeri Perak oleh Umno.

Sumber yang rapat dengan pemimpinan Bersatu negeri, perkara itu akan diputuskan oleh pimpinan pusat.

"Setakat ini memang belum ada keputusan, kami pun masih menunggu perkembangan dari pusat.

"Saya rasa pengumuman mengenai akan dibuat oleh Setiausah Sgung Bersatu," kata sumber yang enggan disiarkan namanya dipetik laporan Malaysiakini.

Malam tadi, Umno yang bermesyuarat memutuskan untuk terus mentadbir negeri itu bersama Bersatu dan PAS sekaligus menolak jajaran baru politik dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS pula yang mempunyai 3 ADUN sebelum ini berkata tidak akan menyertai kerajaan baru yang ditubuhkan.

Sebagai rekod, bekas Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu disingkirkan melalui usul percaya yang dibawa oleh seorang wakil rakyat Umno.

Dalam undian itu, Umno tidak memberi undi mereka kepada Timbalan Presiden Bersatu itu.

Sementara itu, Bersatu dilihat amat kecewa dengan apa yang berlaku dalam DUN Perak minggu lalu.

Setiausaha Agungnya,  Hamzah Zainudin dalam kenyataan parti itu memberi gambaran bahawa Bersatu tidak akan terlibat dengan usaha Umno untuk menubuhkan kerajaan baru itu.

 Bersatu kesal dengan tindakan Umno
"Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kesal Umno tidak menyokong Ahmad Faizal Azumu apabila usul percaya yang diusulkan oleh UMNO sendiri dibentangkan untuk undian di Dewan Negeri Perak baru-baru ini," kata kenyataan itu.

Berikutan itu kata Hamzah MPT telah sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan PAS melalui Perikatan Nasional.



Post a Comment

0 Comments