Tindakan PAS Perak undang kritikan warganet


TINDAKAN  parti Pas membatalkan rancangan untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh menerima kritikan daripada warganet.

Dipetik komen di laman Facebook Malaysiakini, ramai warganet mempersoalkan apakah tindakan tersebut boleh dianggap sebagai tindakan derhaka kepada Sultan.

"Kan sultan Perak dah panggil untuk menghadap pagi tadi? Ini adun PAS boleh ingkar tak mahu menghadap. Bukan dikira dah derhaka ke?," kata seorang pelayar yang menggunakan nama Dzul Abdullah.

Difahamkan, wakil dari parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang tadi.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipetik laporan Bernama berkata, keputusan membatalkan rancangan mengadap Sultan itu dibuat susulan  arahan pucuk pimpinan parti.

Dipetik laporan Malaysiakini, Razman yang merupakan Adun Gunung Semanggol itu kemudian memberitahu PAS tidak mengadap Sultan Nazrin kerana mereka belum ada sebarang keputusan untuk dipersembahkan.

"Ya (batal). Nanti macam kita jumpa tuanku main-main pula (kalau tidak ada keputusan),” katanya semasa diminta mengesahkan perkara itu.Untuk rekod sebelum ini Sultan Nazrin mengeluarkan titah agar semua Adun Perak datang mengadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan Umno.

Sebahagian warganet turut mempersoalkan mengapa Adun PAS Perak lebih mementingkan arahan pemimpin mereka berbanding titah dibuat Sultan.

M Ahmad Mohamed dalam ruangan komen bertanya "Mana lebih utama? Titah raja ke perintah pucuk pimpinan pusat? Ni kira tak mengadap ni boleh anggap derhaka tak?

Sebahagian yang lain pula memberi gambaran apa yang berlaku sekiranya tindakan serupa dibuat parti lain daripada pihak pembangkang.

 Warganet kurang senang dengan tindakan PAS
"Jika ini dilakukan PH (Pakatan Harapan)...bergegar langit dan bumi..PH tak hormat sultan..PH mahu hapuskn institusi Raja," kata Wahie Anuar pula.

 Sebahagian komen warganet
Sementara itu, Burhanudin Ismail pula melihat tindakan itu sebagai tanda awal bahawa PAS tidak ikhlas utk menyokong Menteri Besar dari UMNO.

"Jika di teruskan juga kerajaan antara Umno,pas dan Bersatu di Perak keadaan akan lagi bercelaru...Sultan Nazrin Shah perlu bijak dlm membuat keputusan untuk kembali kan semula kestabilan politik kerajaan negeri Perak," katanya. 

Sementara itu difahamkan, semua wakil parti daripada Umno dan tiga parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) selesai mengadap Sultan Nazrin siang tadi. 

Post a Comment

0 Comments