'Drama politik' di Perak belum selesai


AHLI-AHLI Politik di negeri Perak dilapor masih membincangkan isu penubuhan kerajaan baharu negeri.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, perbincangan itu susulan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak bahawa mereka mempunyai majoriti mudah.

“Oleh kerana Tuanku masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah....

“Kita akan tunggu sampai mereka bersedia dan meyakinkan Tuanku dan Tuanku berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuh kerajaan,” katanya.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan melantik Menteri Besar baharu hanya dibuat selepas baginda yakin seseorang ADUN itu mempunyai sokongan majoriti mudah.

Proses lantikan Menteri Besar baharu ini diadakan susulan penyingkiran ADUN Chenderingan, Ahmad Faizal Azumu yang gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat DUN Perak dalam undian percaya pada Jumaat

Semalam, Sultan Nazrin menghadiri majlis terima menghadap beberapa pimpinan parti politik Pakatan Harapan (HARAPAN).

Antara mereka, termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal.

PAS semalam membatalkan pertemuan dengan baginda, tindakan parti politik gabungan Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun dikritik warganet.

 Sultan belum diyakini ada pihak punya majoriti
Sebelum ini ada ura-ura bahawa Umno akan bekerjasama dengan HARAPAN bagi membentuk kerajaan baharu yang memegang majoriti dua pertiga dewan.


Bagaimanapun, Umno kini dilapor cuba memujuk Bersatu dan PAS agar mengekalkan pentadbiran kerajaan PN sebelum ini

Post a Comment

0 Comments