KEMELUT Politik yang berlarutan di negeri Perak dianggap berpunca dari masalah dalaman antara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) sendiri.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, kedua-dua blok politik itu tidak mempunyai halatuju kerjasama politik yang jelas antara mereka.
Dr Kartini memberi pandangan itu dalam satu program temu bual di Astro AWANI, pada Selasa.
Situasi itu jelasnya diburukkan lagi dengan faktor perbezaan bilangan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kalau kita lihat yang menjadi masalah berkenaan penjajaran ialah maksud kepada penjajaran itu sendiri," jelasnya.
Sebagai rekod, Bersatu dan Pas bekerjasama sebegai satu blok politik dalam PN, manakala Umno dan Pas pula bekerjasama sebagai blok politik dalam MN.
DUN Perak merangkumi 25 Adun Umno, manakala Bersatu dan PAS masing-masing 5 dan 3 ADUN.
"Tidak ada gabungan jelas di peringkat negeri, Bersatu hanya ada lima kerusi DUN sedangkan lain duduk di PN dan MN.
"Berbeza kalau kita perhatikan PN di Johor yang ada Bersatu 12 kerusi (DUN), Pas 1 (kerusi) dan dibezakan kerusi yang dimiliki oleh UMNO negeri," katanya dipetik.
"Tiada penjajaran tentang siapa ahli gabungan dan yang mana satu gabungan mahu dipakai memperlihatkan kelemahan dan kerapuhan." tambahnyamenurut temubual itu.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, kedua-dua blok politik itu tidak mempunyai halatuju kerjasama politik yang jelas antara mereka.
Dr Kartini memberi pandangan itu dalam satu program temu bual di Astro AWANI, pada Selasa.
Situasi itu jelasnya diburukkan lagi dengan faktor perbezaan bilangan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kalau kita lihat yang menjadi masalah berkenaan penjajaran ialah maksud kepada penjajaran itu sendiri," jelasnya.
Sebagai rekod, Bersatu dan Pas bekerjasama sebegai satu blok politik dalam PN, manakala Umno dan Pas pula bekerjasama sebagai blok politik dalam MN.
DUN Perak merangkumi 25 Adun Umno, manakala Bersatu dan PAS masing-masing 5 dan 3 ADUN.
"Tidak ada gabungan jelas di peringkat negeri, Bersatu hanya ada lima kerusi DUN sedangkan lain duduk di PN dan MN.
Tiada gabungan jelas di Perak |

0 Comments