Tokoh wartawan kritik keputusan Pejabat Peguam Negara


TINDAKAN membebaskan tanpa dilepaskan bekas Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dari pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya disifatkan sebagai perbuatan khianat.

Pandangan itu disuarakan tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin seperti dilapor portal Malaysia dateline.

“Ini pun perbuatan khianat juga kerana banyak duit negara (bersamaan duit rakyat jelata) dan tenaga kakitangan awam habis siasat dan tuduh ketua Umno ini.

“Banyak masa Hakim dan kakitangan mahkamah habis bagi membicarakan beliau.

“Tiba-tiba Pejabat Peguam Negara tarik balik kes,” katanya.

Kadir Jasin sebelumnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini yang melepaskan tanpa membebaskan Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berdasarkan permohonan Jabatan Peguam Negara.

Ku Nan, didakwa menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd ( kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk meningkatkan nisbah plot industri sebidang tanah di Jalan Semarak.

Sehubungan dengan itu, beliau bertanya, apa berlaku kepada kes pengakuan taukeh hartanah yang telah membuat pengakuan memberikan rasuah kepada Tengku Adnan dan dikenakan denda RM1.5 juta.

“Apa hal dengan pengakuan mahkamah oleh tauke Tan Boon Eng September lalu yang dia bagi rasuah RM1 juta kepada Adnan?

“Mahkamah denda dia RM1.5 juta atas kesalahan itu,” kata lagi.

Pada Isnin, pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak mahu meneruskan kes terhadap Ku Nan atas alasan “perkembangan baru”.

Sehubungan itu, Kadir Jasin menuntut 'perkembangan baru' yang dikatakan itu didedahkan kepada umum.

 Kadir Jasin tuntut penjelasan


“Kita nak tahu juga apa perkembangan itu.


”Kena bagi tahu. Kalau tidak orang ramai mungkin sangka ada kena mengena dengan kerajaan tebuk atap yang terumbang-ambing sekarang,” kata beliau lagi.

Post a Comment

0 Comments