BALU kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, meninggal dunia.
Khabar pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun itu disahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter rasminya:
"Innalillahwainnailaihirojiun...Bonda saya sudah tiada.
"Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini," ungkapnya menerusi status yang dimuat naik.
Difahamkan, Allahyarhaman meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur sekitar jam 4.30 petang tadi.
Berita duka itu juga antara lain dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman Facebooknya.
"Baru terima berita sayu, isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien yakni Tun Rahah Mohamed Noh telah pergi dijemput ilahi.
"Takziah kepada Najib Razak sekeluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan roh allahyarhamah dicucuri rahmat," tulis Anwar.
Terdahulu, Tun Hajah Rahah yang dimaklumkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara termasuk Anwar.
BACA: Warganet puji Anwar ziarah ibu Najib
Dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menziarahi Tun Rahah semalam.
Khabar pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun itu disahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter rasminya:
"Innalillahwainnailaihirojiun...Bonda saya sudah tiada.
"Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini," ungkapnya menerusi status yang dimuat naik.
Difahamkan, Allahyarhaman meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur sekitar jam 4.30 petang tadi.
Berita duka itu juga antara lain dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman Facebooknya.
![]() |
Tun Rahah berusia 87 tahun |

0 Comments